Ahad, 22 Jun 2008

pendayung sampan

> PENDAYUNG SAMPAN > > > Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat > > kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. > > Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. > > Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam > > agar tidak banyak bertanya ketika dia > > sedang membuat kajian. > > > Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. > > Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian > > digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di > > dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat > > kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu > > mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia > > berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." > > > "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata > > Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula > > memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam > > perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur > > pendayung sampan. > > > "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya > > Professor itu. > > "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu > > dgn ringkas. > > "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". > > "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari > > mendayung > > sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu > > hanya menggelengkan > > kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu > > bertanya lagi, "Kamu > > tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan > > kepala. > > "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari > > usia kamu." > > Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" > > Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. > > Kamu dah kehilangan > > 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu > > masih lagi bertanya. > > Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan > > kepala. > > "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 > > peratus dari usia > > kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak > > tahu.Seluruh usia kamu > > dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor > > itu dengan nada > > mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya > > berdiam diri. > > > Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. > > Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu > > dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan > > pendayung sampan terpelanting. Sempat pula > > pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" > > Professor itu menggelengkan kepala. > > "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa > > kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang > > menuju ke pantai. > > > > Morale of the Story: > > Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh > > menjamin kehidupan. > > Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak > > tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya > > orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya > > dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak > > ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" > > dalam bidang yang diceburi. > > > Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah > ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? > > > Hikmat Inspirasi: > > Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. > > Usaha sempurna adalah kemenangan...

Favoured (10)

Tiada ulasan: